Yun Nam Hair Care percaya bahawa memahami keadaan pelanggan adalah penting dan ini dapat membantu mereka menyelesaikan masalah rambut mereka dari puncanya. Mencari sebab dan cara masalah berlaku ialah langkah pertama ke arah merawat dan menentukan rawatan pemuliharaan rambut yang sesuai dalam masa yang tersingkat serta paling berkesan untuk menangani masalah itu. Yun Nam telah membantu ramai pelanggan menyelesaikan masalah rambut yang telah lama dialami oleh mereka.

Oleh itu, bantuan yang dapat mengembalikan mahkota serta keyakinan mereka merupakan sebahagian daripada kejayaan Yun Nam.


 

Konsultasi Pemuliharaan Rambut Profesional
Mula-mula, seorang konsultan yang profesional akan menjalankan konsultasi satu lawan satu yang terperinci. Ini adalah untuk mengetahui masalah rambut serta keadaan unik pelanggan dengan lebih mendalam. Ini juga membolehkan konsultan mengetahui keadaan kulit kepala pelanggan dengan sepenuhnya. Analisis kulit kepala secara umum dan rambut juga akan dijalankan.



 

Analisis Pengimbasan Rambut Berkomputer

Langkah kedua ialah menggunakan teknologi pengimbasan rambut berkomputer yang terkini untuk memeriksa folikel rambut. Ini adalah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang masalah rambut dan kulit kepala anda. Sesi ini juga merupakan sesi satu lawan satu.
 


 

Rawatan Pemuliharaan Rambut Profesional
Setiap orang mempunyai keadaan rambut yang berbeza dan masalah rambut yang dihadapi juga adalah berbeza. Oleh itu, Yun Nam Hair Care mengamalkan sistem pemuliharaan rambut khas di mana analisis keadaan kulit kepala mengikut umur dan jantina serta faktor-faktor lain akan dijalankan. Ini dapat memastikan rawatan pemuliharaan rambut yang sesuai diberikan dan permintaan pelanggan yang berbeza dapat ditunaikan.
 


 

Mengesan status dan perkembangan rambut sihat

Semasa tempoh rawatan, pakar-pakar profesional akan memeriksa dan melihat perkembangan rambut setiap pelanggan untuk memastikan hasil yang terbaik telah dicapai. Ini adalah untuk membolehkan pelanggan mendapat kembali rambut yang lebat, cantik, sihat, keyakinan serta rupa yang menawan dalam masa yang tersingkat.
 
|
|
   
Copyright ® 2012 Yun Nam Hair Care Sdn Bhd (399260-U). All Rights Reserved.